loading...

EGO PUNYA PASAL DAN MALU ADA ISTERI BERTUDUNG, SANGGUP KONTRAKTOR INI KAHWIN WANITA S3KSI DAN CUN

EGO PUNYA PASAL DAN MALU ADA ISTERI BERTUDUNG, SANGGUP KONTRAKTOR INI KAHWIN WANITA S3KSI DAN CUN | Segan dgn isteri pertama yg bertudung, seorang kontraktor mengakui mengahwini isteri kedua yg “lebih seksi” semata-semata untuk menjadi peneman & ditayangkan ketika bersosial.


Malu Isteri Bertudung, Kontraktor Nikah Lain Untuk Berlagak

Bapa dua anak ini yg hanya mahu dikenali sebagai Imran, 42, berkata dirinya berkenalan dgn Maya, 26, ketika bersama rakannya ke pusat hiburan setahun lalu, dan wanita itu kemudiannya sentiasa menemaninya pula. apa sudah jadi.

“Kali pertama bertemu dengan Maya, saya sudah tertarik dgn bentuk tubuhnya yang langsing dan sejak itu saya sering ke tempat kerjanya tanpa pengetahuan isteri & kawan.


“Saya jenis lelaki yg suka bersosial tetapi mahu setia pada yg 1. Jadi tak mungkin saya dapat membawa Azlin keluar bersama kerna penampilannya yang bertudung,” dia dilaporkan oleh Harian Metro, merujuk isteri pertama.

Imran berkata, oleh kerna bimbang Maya dirampas lelaki lain, wanita itu dikahwininya secara rahsia di negara jiran pada Februari tahun lalu selepas mendapat galakan daripada rakan2.

“Setiap kali keluar bersama, Maya sentiasa menjadi perhatian kerana pakaiannya yg seksi membuatkan saya berasa bangga kerana dapat mendampinginya.

“Saya akui perasaan berjalan bersama Maya tidak sama ketika keluar bersama isteri kerana penampilan Azlin yg bertudung membuatkan saya segan bersosial dengannya berbanding Maya,” katanya kepada akhbar itu.

Imran juga mengaku sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit utuk menjaga penampilan Maya yang dianggapnya sebagai satu “trofi” untuk ditayangkan kpd rakan-rakannya.

“Bukan saja wang simpanan saya RM30,000 licin, malah pinjaman peribadi RM80,000 turut dihabiskan hanya kerana mahu nampak berduit di mata Maya,” katanya.

Selepas tiga bulan menikahi Maya, isteri pertamanya Azlin, 39, menuntut fasakh di mahkamah selepas mengetahui dia diduakan.

Bukan itu sahaja, malah Imran berkata Maya juga meningggalkannya selepas itu kerna sudah ketiadaan wang.

“Hendak menyesal pun sudah terlambat & hanya mampu berdoa dengan harapan Azlin dan sepasang anak kami dapat menerima saya kembali,” katanya. Sumber: The Malay Mail Online
Lagi Artikel Menarik Untuk Dibaca!!
loading...
SHARE

About kari kepala ayam

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment