"Sungguh Ku Tak Sangka Tahi Lalat Rupanya Kanser" Menyesal tak Berguna | Seorang wanita berumur 25 tahun di Britain terkejut & tidak menyangka bahwa tahi lalat yg dimilikinya sejak berusia 15 tahun adalah penyebab kanser.
Gemma Cottam dari Skelmersdale memuatnaik gambar yg menunjukkan parut kekal di mukanya bagi mengingatkan orang ramai agar tak memandang ringan mengenai tahi lalat.
Kata Gemma, dia menyedari mengidap kanser atau melanoma tahap 2 selepas diberitahu doktor mengenai penyakitnya itu apabila dia menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan untuk tujuan kecantikan.
**Ini komen Gemma: (Mirror UK)
"Ujian yang dilakukannya menunjukkan tahi lalat itu telah merebak ke nodus limfa dan terpaksa menjalani pembedahan besar untuk merawatnya,"
"Ia adalah mengerikan tetapi itulah yang saya terpaksa hadapi dan saya mahu meningkatkan kesedaran bahawa tahi lalat kecil boleh menjadi kanser dan orang ramai tidak seharusnya mengabaikannya,”
Gemma telahoun menjalani 2 pembedahan sejak Oktober lalu dan pembedahan itu turut menyebabkan kerosakan saraf yg menyukarkan dia bergerak serta menghadapi masalah di telinga kiri, leher & lengan kiri.
Kini dia sedang dalam proses pemulihan dan menjalani fisioterapi bagi merawatnya
loading...
0 comments:
Post a Comment