"Lelaki Simpan Gambar Isteri Saya Yang Di Ambil Dalam Facebook dan bawa Jumpa Bomoh!, Keesokkan harinya isteri lari ikut Jantan Durjana Tu" - Suami Sayu | Ambil, peringatan kepada gadis2 dan isteri2 orang di luar sana termasuklah isteri & adik2 perempuan saya sendiri.
Jangan asyik nak upload sangat gambar-gambar selfie di laman Facebook/WeChat. Nanti tak pasal2 saja bercerai berai bagi perempuan yg sudah berkahwin. Bukan susah pun zaman sekarang ini nak buat bagi perempuan suka pada lelaki.
Lelaki yg berniat jahat akan melakukan perkara seperti ini:
“Simpan gambar perempuan itu yang diambil dari laman Facebook/WeChatnya. Print gambar itu dan bawa gambarnya berjumpa dgn bomoh. Esok, tunggu sajalah perempuan itu sendiri akan hantar ‘Private Message’ pada lelaki itu utuk ajak berjumpa. Katanya rindu pada lelaki itu,”Dengar seperti tak masuk akal kan? Tetapi itulah kebenarannya dgn apa yg pernah berlaku & apa yg saya sendiri saksikan. Kasihan kawan saya bersedih memanjang bila mana isterinya lari mengikut jantan lain.
Perkahwinan mereka selama ini bahagia sahaja seperti pasangan lain, tiba2 isteri dia berubah & lari mengikut lelaki lain. Inilah puncanya. Fikir-fikirkanlah.
Saya bukan nak kecam perempuan yg suka upload gambar yg tidak sepatutnya di media sosial. Tetapi ini sekadar peringatan pada anda dan juga isteri saya sendiri.
Zaman sekarang ini payah dan susah sangat kalau kita nak sekat hak isteri dari terjerumus ke arah media sosial ini. Nak mencegah sudah tidak boleh, kita hanya mampu menasihatkan isteri agar beringat & jangan terlalu leka dengan media sosial.
Kalau suami juga leka & terlalu memberi kebebasan kpada isteri. bimbang nanti si suami pula ng akan menderita. Siapa yang pernah rasa penderitaan seperti ini sebab isteri buat hal sebegini, dia akan tahu bagaimana perit rasanya pada masa itu. Jadi, pandai-pandailah anda semua menjaga isteri masing-masing.
Perbanyakkan amalan & bawa isteri dekatkan diri dgan Allah. InshaAllah, Allah akan membantu kita peliharan keselamatan dan kehormatan isteri kita dari terjebak dalam kes seperti ini. InshaAllah kalau kita sentiasa ingat pada Allah, Allah juga akan ingat & melindungi kita.
loading...
0 comments:
Post a Comment