loading...

AMBIK PERHATIAN KEPADA IBU-IBU!! INI PUNCA & KESAN SEBENAR KENAPA KUCING HARUS DIJAUHKAN DARI IBU MENGANDUNG...




AMBIK PERHATIAN KEPADA IBU-IBU!!  INI PUNCA & KESAN SEBENAR KENAPA KUCING HARUS DIJAUHKAN DARI IBU MENGANDUNG... | Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan kerna keadaan ini berkait rapat dgn sejenis parasit iaitu protozoa yg dikenali sebagai toxoplasma gondii...

-Haiwan jinak seperti kucing sememangnya kerap dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Tetapi sekiranya anda sedang hamil, mungkin anda perlu mengehadkan masa bersama dgn haiwan peliharaan khususnya dari segi pengendalian najis kucing.

-Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan. Keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii yg membiak di dalam usus kucing & didapati di dalam najisnya & juga dalam tanah..

-Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yg sering ditemui iaitu toksoplasmosis yg tak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan...

-Ini boleh mendatangkan ancaman jangkitan toksoplasma yg boleh memberi kesan kepada anak dalam kandungan. Ramai wanita dijangkiti oleh parasit toksoplasma tetapi tidak menyedari hakikat ini kerna parasit ini tidak memberikan tanda yg ketara.

-Isu yg paling dikhuatiri ialah apabila jangkitan parasit itu dialami buat kali pertama ketika mengandung. Ramai ibu yg sedang hamil tak mengetahui bahaya parasit berkenaan kerana ia tak mendatangkan petanda luar biasa seperti sesak nafas atau demam tinggi.


-Sebaliknya, ibu yg dijangkiti akan mendapat demam serta selesema biasa, kelenjar limfa membengkak, sakit otot, kekejangan & sakit sendi. Gejala sebegini selalu dianggap 'keadaan biasa' oleh ibu hamil dan doktor yg merawatnya.

-Proses penyebaran boleh berlaku berpunca daripada najis haiwan peliharaan yg menyebabkan toksoplasmosis atau dalam dunia perubatan digelar jangkitan yg disebabkan oleh parasit toksoplasma yg menyerang jaringan saraf manusia.

-Menjangkiti bayiSeorang wanita yg dijangkiti sama ada sebelum atau semasa hamil, boleh menjangkiti bayi yg dikandung. Toksoplasmosis kongenital adalah satu masalah perubatan yg mana bayi dalam kandungan dijangkiti melalui uri (plasenta)

-Jika seorang wanita menerima pendedahan pertama kpada toksoplasmosis ketika mengandung, bayi akan berisiko tinggi. Risiko bayi termasuk mati dalam kandungan, buta mata & kecacatan otak termasuk 'retardasi mental'

-angkitan paling biasa diperolehi menerusi sentuhan dgn kucing serta najis mereka. Toksoplasma juga boleh dijangkiti apabila wanita mengendalikan daging mentah atau separuh masak....

Peringatan

-Sebagai peringatan kpd wanita khususnya yg sedang hamil dan berusaha untuk hamil, anda perlu mengehadkan masa bersama haiwan atau pengurusan najis haiwan itu. Pengurusan najis haiwan ini boleh dilakukan oleh suami atau orang lain.

-Dgn cara ini moga anda dapat mengelak risiko jangkitan kali pertama ketika hamil. Lebih utama ia dapat mengurangkan risiko bayi menghidapi toksoplasmosis kongenital...

-jika doktor mengesyaki yg ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan utuk mengesan kehadiran antibodi yg mengesahkan jangkitan ini. Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosintesis dan ujian imbasan ultrabunyi akan dilakukan ke atas bayi dalam kandungan.

-Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala yg akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan.

Rawatan

-Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan. Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50%.

-Bayi-bayi yg baru dilahirkan oleh ibu-ibu yg mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar tak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan & terus diberi rawatan.

-Langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya dgn membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan, mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak, membasuh dgn teliti buah-buahan & sayur-sayuran yg tidak perlu dimasak sebelum dimakan, menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing...


Elakkanlah membela kucing semasa hamil sekiranya langkah ini sukar dilakukan...!!!

Lagi Artikel Menarik Untuk Dibaca!!
loading...
SHARE

About kari kepala ayam

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment